10 September 2025, KUCHING- Bermula pada tahun 2023, Pustaka Negeri Sarawak telah memperkenalkan program kesedaran pemeliharaan bahan arkib menerusi Basic Emergency Response and Preservation Skills (BERES).
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) mengenai teknik-teknik asas digunakan untuk menyelamatkan rekod selepas bencana serta meningkatkan kefahaman tentang kepentingan menyelamatkan rekod selepas bencana terutama sekali di jabatan dan agensi kerajaan Sarawak.
Program selama dua hari ini telah dijalankan di Repositori Rekod Negeri dan melibatkan agensi-agensi seperti Jabatan Tanah dan Survei, Jabatan Kerja Raya Sarawak, Majlis Daerah Bau dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.
Jika jabatan/agensi anda berminat untuk menyertai program ini, sila berhubung dengan Encik Mohamad Aizat Bin Ajis di Bahagian Pengurusan Arkib, Sektor Perkhidmatan Depositori melalui aizat2@sarawak.gov.my atau Tel: 082-374 000
#pustakanegerisarawak #sarawakstatelibrary #staterecordrepository #repositorirekodnegeri #bacarekacemerlang #readinnovateexcel #pustaka2025 #beres2025
Please LIKE, COMMENT & SHARE: https://linktr.ee/pustakanegerisarawak?utm_source=qr_code
//cer
World Quran Hour 2026 bertempat di Masjid Darul Makmur, Serian 11 Mar 2026
Jom Baca Bersama 2026 23 Apr 2026
Kuala Lumpur International Bookfair 2026 (PBAKL) 29 May 2026
Perkhemahan Ilmu Sempena Hari Pustakawan 2026 13 Jun 2026
Makers Bootcamp 2026 (Kuching) 27 Jun 2026