10 November 2025, BINTULU- Program Kempen 1Fail 1Minggu Siri 2/2025 dan Program Enrollments of Membership for Pustaka Negeri (EMPUN@SRR) telah berjaya diadakan pada 7 November 2025 bersama jabatan/agensi kerajaan Sarawak di sekitar Bintulu.
Kempen 1Fail 1Minggu merupakan inisiatif Bahagian Pengurusan Arkib untuk meningkatkan kesedaran kepada jabatan/agensi kerajaan Sarawak dalam pengurusan dan pemindahan rekod jabatan yang sistematik.
Manakala, objektif untuk program EMPUN@SRR pula adalah untuk memberi pendedahan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Repositori Rekod Negeri melalui Archival Records Management System (ARMS) dan Friends of Archives (FOA) disamping itu bagi menggalakkan orang awam untuk mendaftar sebagai ahli seterusnya meningkatkan pemahaman penggunaan sistem ARMS dan keahlian FOA bagi tujuan rujukan dan akses kepada bahan - bahan arkib.
Jabatan yang terlibat untuk program di atas adalah Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan pegawai kami di Bahagian Pengurusan Arkib di talian 082-374000 atau emel kami statedepository@sarawak.gov.my
#pustakanegerisarawak #sarawakstatelibrary #staterecordrepository #repositorirekodnegeri #bacarekacemerlang #readinnovateexcel #pustaka2025
Please LIKE, COMMENT & SHARE:
https://linktr.ee/pustakanegerisarawak?utm_source=qr_code
//cer
Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025
Ceramah Sarawakiana: Tiang Jerunei : Antara Mistik, Seni dan Identiti 10 Dec 2025
Sanggar dalam Adat, Ritual dan Perjalanan Hidup Masyarakat Bidayuh 11 Dec 2025
Seni Warisan: Bengkel Ukiran Kelembit 12 Dec 2025
Bengkel Seni Baju Ujan (Ngepan Batang Rajang) 13 Dec 2025