KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Sarawak Multimedia Authority (SMA), Startup Malaysia, International Youth Centre (IYC), Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan Sarawak, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan mengadakan Program Inklusiviti Digital 2020 (Go Digital ASEAN, Reading Seeds, PANDei) secara serentak di seluruh bahagian negeri Sarawak yang akan diadakan pada 2 fasa iaitu:-
1. Fasa Pertama - 01 hingga 06 November 2020 (Ahad - Jumaat)
- Di Zon Tengah dan Utara Sarawak
- Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang
2. Fasa Kedua – 16 hingga 21 November 2020 (Isnin - Sabtu)
- Di Zon Selatan, Tengah dan Utara Sarawak
- Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang
Objektif penganjuran adalah untuk:
• Pelaksanaan program Reading Seeds, PANDei dan Go Digital ASEAN dilaksanakan secara serentak serta menyeluruh di setiap bahagian Sarawak.
• Untuk mencapai sasaran pengagihan kit Reading Seeds pada 8,000 penerima manfaat, 24,440 peserta program PANDei dan 1,500 peserta Go Digital ASEAN bagi tahun 2020.
Berikut adalah latar belakang untuk ketiga-tiga program yang akan diadakan:-
1. Program Go Digital ASEAN
Inisiatif Go Digital ASEAN bertujuan untuk menutup jurang digital di seluruh ASEAN, selaras dengan visi yang ditetapkan oleh ASEAN Coordinating Committee on Micro, Small and Medium Enterprises (ACCMSME).
Dilaksanakan oleh The Asia Foundation (TAF), dengan sokongan dari Google.org, cabang filantropi Google, inisiatif ini akan melatih sehingga 200,000 orang dari kawasan luar bandar dan masyarakat yang terpinggir — termasuk golongan usahawan, penganggur belia dan wanita dengan kemahiran digital.
Dengan kerjasama organisasi tempatan di Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam, geran sejumlah USD3.3 juta ini akan menyokong penyertaan ekonomi digital untuk merangkumi kumpulan yang paling banyak mendapat manfaat dan faedah dari kemahiran abad ke-21, seperti literasi digital dan kesedaran tentang keselamatan dalam talian.
Di Malaysia, Go Digital ASEAN mensasarkan untuk melatih 15,000 belia berusia antara 18 hingga 35 tahun dan usahawan kecil dan sederhana (MSME) dari seluruh negara dengan kemahiran literasi digital bagi menambah baik perniagaan mereka dan memudahkan akses kepada pasaran yang lebih luas. Program ini bermula dari Julai 2020 hingga Mei 2021.
Di Sarawak, program Go Digital ASEAN ini mensasarkan sekurang-kurang 1,500 golongan belia dan akan dilaksanakan di 21 buah Pusat Komuniti Digital dibawah seliaan Pustaka Negeri Sarawak dan Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan Sarawak serta 38 buah Perpustakaan Desa (Perpustakaan Negara Malaysia).
Kandungan Latihan modul ePembelajaran Go Digital ASEAN ini merupakan kesinambungan ePembelajaran PANDei (www.openlearning.com/pustakasarawak/) yang ditawarkan secara percuma oleh Pustaka Negeri Sarawak.
Modul-modul Projek Go Digital ASEAN (Modul Pencari kerja, Modul Usahawan Sedia Ada dan Modul Bakal Usahawan) kini boleh diakses secara PERCUMA melalui dalam talian @ https://www.go-digital.my/
2. Reading Seeds
Program Reading Seeds ini disediakan untuk membantu ibu bapa/ penjaga sebagai rakan membaca semasa janin dalam kandungan lagi sehingga umur 3 tahun. Modul ini dibahagikan kepada 12 bahagian di mana bahagian pertama dimulakan dengan panduan membaca semasa bayi di dalam kandungan lagi dan 11 bahagian seterusnya mengikut pecahan umur yang selari dengan peringkat perkembangan (Malaysian Paediatric Protocol, 4th Edition) dan perkembangan pra literasi kanak-kanak (Iowa Department of Education 8/2011).
Modul Aktiviti program ini juga boleh diakses secara PERCUMA melalui dalam talian @https://www.openlearning.com/pustakasarawak/courses/reading-seeds/
3. PANDei
Dalam usaha Kerajaan Negeri Sarawak untuk meningkatkan kemahiran literasi digital di kalangan masyarakat khususnya penduduk luar bandar, salah satu inisiatif di bawah Digital Ekonomi Sarawak iaitu Keterangkuman Digital telah mula dilaksanakan. Pada awal 2018, selaras dengan inisiatif Ekonomi Digital tersebut, Pustaka Negeri Sarawak telah dilantik oleh Kerajaan Negeri sebagai koordinator Keterangkuman Digital di bawah pelan tindakan perpustakaan. Dengan kerjasama Sarawak Multimedia Authority (SMA), Pustaka Negeri Sarawak telah mengadakan bengkel ‘Training of Trainers’ (ToT) PANDei (People Accesible Network for Digital Empowerment and Inclusivity) untuk semua perpustakaan awam, desa dan Digital Community Centre (DCC) di zon utara, tengah dan selatan Sarawak. Setiap peserta dilatih dan diberikan modul PANDei bagi mendidik komuniti setempat ke arah inklusiviti digital menyeluruh.
Modul Aktiviti program ini juga boleh diakses secara PERCUMA melalui dalam talian @ www.openlearning.com/pustakasarawak/
Program ini akan diadakan di beberapa Perpustakan Desa di bawah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Pusat Komuniti Digital (Community Digital Centre) di bawah tanggungjawab Pustaka Negeri Sarawak dan Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan Sarawak.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Edison Ricket (Ketua Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Pustaka Negeri Sarawak di talian 019-8873771 atau email librarian@sarawak.gov.my
AKRAB Siri 4: Bengoh Resettlement Scheme, Kuching 12 Nov 2024
Makersmeet 2024 16 Nov 2024
Pustaka Negeri Sarawak Silver Jubilee Celebration 31 Dec 2024