EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

PUSTAKA NEGERI SARAWAK DITUTUP DARI 21 MEI SEHINGGA 7 JUN 2021

Posted on 19 May 2021

Pengguna yang dikasihi, situasi semasa pandemik COVID-19 di Sarawak menyebabkan kita lebih berwaspada demi keselamatan pengguna dan staf. Dukacita kami memaklumkan bahawa 2 orang staf barisan hadapan kami telahpun disahkan positif COVID-19. Kami telah mengambil tindakan dengan kerja pembasmian kuman dan sanitasi berdasarkan panduan daripada Kementerian Kesihatan untuk melindungi pengguna, pekerja serta orang awam.

Lembaga Pengurusan Pustaka telah memutuskan, setelah mempertimbangkan dengan teliti, untuk menutup Pustaka kepada awam berdasarkan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Negeri Sarawak, yang dikemaskini pada 17 Mei 2021. Buat masa ini semua kampus Pustaka Negeri di Sibu, Miri dan Repositori Rekod Negeri juga akan ditutup dari 21 Mei 2021 sehingga 7 Jun 2021.

Tempoh peminjaman buku akan dilanjutkan sehingga Pustaka dibuka semula dan sementara itu, sila gunakan Perkhidmatan Buku Pinjaman BookBear kami yang tersedia dari jam 9 pagi hingga 5 petang kecuali pada hari cuti umum. Penyelidikan di Repositori Rekod Negeri tersedia atas temujanji. Perkhidmatan dalam talian perpustakaan dan repositori kami juga tersedia 24X7 dan sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai Unit Komunikasi kami, Puan Nur Ashikin Ahmad di talian 01110850191, Puan Afiza Ibrahim di talian 019-8806966, Puan Sonia Suria Abdullah di talian 01112030745, Puan Norzihan Abdullah di talian 019-889942 dan Pegawai Repositori Rekod Negeri, Cik Dorithy Dela ak. Lawrence di talian 013-8098807.

Marilah kita bersama-sama menyekat rantaian jangkitan wabak ini. Bagi menjamin persekitaran yang selamat dan sihat:

1. Sila pakai topeng muka setiap masa.
2. Mendaftar menggunakan Aplikasi MySejahtera.
3. Mengambil imbasan suhu.
4. Kerap membersihkan tangan anda.
5. Mengamalkan penjarakkan fizikal.


Kekal Selamat dan Berwaspada


Pengurusan
Pustaka Negeri Sarawak