EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Siri Ceramah Sarawakiana: Medium Perantara Pelbagai Suku Kaum Di Sarawak Kajian Lingua France

Posted on 21 June 2021

Siri Ceramah Sarawakiana yang bertajuk Medium Perantara Pelbagai Suku Kaum di Sarawak: Kajian Lingua Franca akan dijalankan pada 26 Jun 2021 pada jam 10.00 pagi di laman rasmi media sosial Pustaka Negeri Sarawak (facebook dan YouTube). Ceramah ini akan disampaikan oleh Dr. Mohammed Azlan Mis dari Program Linguistik, Pusat Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ceramah ini adalah hasil kajian yang telah dijalankan berdasarkan kepelbagaian bahasa dalam satu masyarakat yang majmuk. Yang dimaksudkan dengan lingua franca dalam kajian ini adalah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi antara penutur yang bahasa pertama mereka berbeza satu sama lain (Samarin 1968). Bahasa untuk berkomunikasi ini biasanya adalah bahasa yang paling banyak dan kerap digunakan dalam kehidupan seharian.

Di Sarawak terdapat pelbagai suku kaum yang menggunakan bahasanya sendiri. Pada masa yang sama, mereka juga menggunakan bahasa perhubungan yang menjadi milik bersama, difahami, sesuai dan tidak menimbulkan masalah komunikasi.


Anda boleh mendaftar di https://www.pustaka-sarawak.com/apps/events/index-event.php?eid=EVE1623742652

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus (cmasyima@sarawak.gov.my) / Aidashermilla Hashim (aidasheh@sarawak.gov.my) di talian 082-440488.