Bersempena dengan Festival Sarawakiana 2021 yang bertemakan ‘Daun’ pada kali ini program Demonstrasi Masakan Tradisional Etnik Sarawak akan menampilkan menu masakan tradisional etnik Sarawak yang berasaskan daun. Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan keunikan masakan di Sarawak yang menggunakan variasi daun yang terkenal dan mudah di dapati di Sarawak.
Pada kali ini, sekali lagi Pustaka Negeri Sarawak akan berkolaborasi bersama Chef dari Kolej Kemahiran Kuching iaitu Encik Jespa anak Langki dan Encik Sebastian Ali anak Jaman. Mereka telah dijemput khas sebagai tenaga pengajar senior yang telah lama berkhidmat di Kolej Kemahiran Kuching. Kedua-dua Chef ini adalah anak jati Sarawak dan telah banyak menerima undangan / jemputan bagi mengendalikan sesi latihan masakan dan juga sebagai juri pertandingan yang dianjurkan oleh pelbagai agensi korporat dan swasta.
Antara menu masakan tradisional yang terkenal di Sarawak yang akan ditampilkan pada kali ini adalah botok ikan tenggiri, kerabu ulam serta pencuci mulut yang terkenal di Sarawak iaitu pais bandong, kuih bongkol, kuih takir dan minuman herba yang berasaskan daun.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menonton program tersebut pada:
Tarikh :11 September 2021, Sabtu
Masa: 11.00 pagi
Saluran :YouTube (Pustaka Sarawak) dan Facebook (pustaka.sarawak)
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian 082-440488 atau melalui emel aidasheh@sarawak.gov.my (Puan Aidashermilla Hashim) atau nadzramo@sarawak.gov.my (Puan Nadzrah Mohd Othman
AKRAB Siri 4: Bengoh Resettlement Scheme, Kuching 12 Nov 2024
Makersmeet 2024 16 Nov 2024
Pustaka Negeri Sarawak Silver Jubilee Celebration 31 Dec 2024