EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Penutupan Operasi Perkhidmatan Pustaka Negeri Sarawak Sempena Hari Buruh dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022

Posted on 28 April 2022

Operasi perkhidmatan Pustaka Negeri Sarawak dan kesemua kampus akan ditutup kepada orang awam bermula 1 Mei 2022 hingga 4 Mei 2022 untuk sambutan Hari Buruh dan Perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Operasi Pustaka Negeri Sarawak akan berjalan seperti biasa bermula 5 Mei 2022 (Khamis) seperti jadual di bawah:-

Isnin hingga Jumaat | 10:00 pagi - 7:00 malam
Sabtu & Ahad | 9:00 pagi - 6:00 petang

Pihak Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Buruh dan Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Sehubungan itu, jangan lupa untuk menggunakan perkhidmatan kami seperti di bawah secara PERCUMA:-

1. PUSTAKA SARAWAK CHANNEL

Pustaka Sarawak Channel merupakan platform untuk penyiaran program dan aktiviti Pustaka secara dalam talian menggunakan saluran Youtube selari dengan transformasi perkhidmatan norma baharu di alamat https://www.youtube.com/user/PustakaSarawak/

Inisiatif tersebut bertujuan untuk meneruskan program dan aktiviti galakan membaca dalam suasana pandemik Covid-19 dengan kelaziman baru menerusi saluran YouTube dan mengoptimumkan potensi teknologi maklumat dan komunikasi bagi memanfaatkan lebih ramai orang tanpa dibataskan oleh masa dan tempat.

2. PERKHIDMATAN BOOKBEAR

Kami menawarkan Perkhidmatan BookBear melalui aplikasi Angka.sa2 secara PERCUMA.

BookBear merupakan perkhidmatan peminjaman buku terus ke rumah pengguna yang mana pengguna boleh dimuat turun aplikasi Angka.sa2 melalui Google Play Store atau App Store yang telah mula beroperasi pada 13 Jun 2020 seperti di bawah:

Hari Operasi : Isnin hingga Sabtu
Masa Operasi: 9:00pagi -5:00petang

Inisiatif ini adalah bertujuan untuk memastikan pengguna mendapat akses kepada koleksi Pustaka memandangkan Pustaka Negeri Sarawak masih belum lagi membuka sepenuhnya premis-premis yang ada.

Jangan lupa ikuti perkembangan terkini daripada kami dari masa ke masa melalui sosial media dan laman web kami.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai Unit Komunikasi kami Nur Ashikin Ahmad di talian 0111-0870191 atau emel: nuraa2@sarawak.gov.my

Terima kasih.