Pustaka Negeri Sarawak kembali menganjurkan Program Sambutan Minggu Arkib Sedunia bermula dari 24 hingga 26 Jun 2024 dengan bertemakan Arkib Siber. Sambutan ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya generasi muda terhadap peranan dan kepentingan institusi kearkiban dan koleksi arkib yang dipelihara sebagai sumber rujukan.
Mengangkat Tema Arkib Siber, penganjuran sambutan ini telah mendapat sokongan penuh daripada YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan mengenai amalan terbaik pengurusan rekod dikalangan penjawat awam serta jabatan dan kerajaan, mendepani cabaran, dan peluang yang berkaitan dengan pemeliharaan rekod dan arkib, begitu juga dengan perkembangan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan melalui capaian digital pengurusan rekod dan arkib.
Pelbagai program signifikan akan dilaksanakan secara fizikal dan dalam talian berfokuskan pemeliharaan khazanah dan warisan arkib sedunia antaranya adalah Heritage Race With Friends Of Archives (FOA), Bengkel “Train The Trainers”, Anugerah Penilaian Dan Penghargaan Pengurusan Rekod Dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (APRENAS): Peringkat Pihak Berkuasa Bandaraya Dan Perbandaran Tahun 2023 dan program Sarawak Records and Archives Networking (SARAN) iaitu Forum Bual Bicara Minggu Arkib Sedunia: Arkib, Teknologi Baharu dan Kecerdasan Buatan: Bersediakah Kita?
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sektor Perkhidmatan Depositori di talian 082-374000 atau e-mel ke statedepository@sarawak.gov.my
Sarawak Bookfair 2025 27 Sep 2025
Jerayawara Sarawak Lestari (Daro) 27 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025