Program ini adalah untuk meraikan penulis-penulis tempatan yang telah menyumbang kepada industri penulisan tempatan sehingga ke peringkat antarabangsa. Acara secara dalam talian ini dimulakan dengan Amanat Khas daripada Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Seterusnya adalah penyampaian Anugerah Khas penulis dan penerbit yang banyak menyerahkan karya penulisan mereka melalui Legal Deposit, Sarawak State Library Ordinance, 1999 dan acara Pelancaran Buku (Book Launch). Di dalam acara tersebut juga, Pustaka Negeri Sarawak akan melancarkan sebanyak lapan (8) buah buku pada tahun ini.
Program ini dapat disaksikan melalui Facebook (pustaka.sarawak) & Instagram (pustakaswk) pada 29 Ogos 2020 jam 2 petang - 4 petang melalui saluran Facebook (pustaka.sarawak) & Instagram (pustakaswk).
Sarawak Bookfair 2025 27 Sep 2025
Jerayawara Sarawak Lestari (Daro) 27 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025