MAKERSMEET 2023
Makersmeet 2023 edisi yang ke-6 pada kali akan diadakan pada 29 dan 30 Julai 2023 bersempena dengan penganjuran Pesta Buku Pustaka yangberkonsepkan “Outdoor” di Pustaka Negeri Sarawak, Kuching.
Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk mewujudkan sebuah platform khas kepada para pereka dan pencipta tempatan yang terdiri daripada pelbagai bidang serta latar belakang untuk bertemu dan berkongsi ilmu.
Untuk makluman, perkhidmatan Makerspace di Pustaka Negeri Sarawak bertujuan menyokong konsep pembelajaran sepanjang hayat atau ‘life long learning’ bagi melahirkan modal insan yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam merekacipta sesuatu yang baharu.
Penyertaan adalah secara Percuma dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Untuk sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Encik Ramdzan Saman atau Puan Dayang Najwa di talian 082-442000 ext 336/339 atau email ramdzans@sarawak.gov/najwa@sarawak.gov
Sarawak Bookfair 2025 27 Sep 2025
Jerayawara Sarawak Lestari (Daro) 27 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025