Sertai kami bersama Ustaz Wan Muhd Mujahid untuk menyampaikan Ceramah Mengemis Kasih Di Penghujung Malam pada:
Tarikh: 28 Mac 2024, Khamis
Masa: 2:30 petang - 4:30 petang
Tempat : Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak, Kuching
Mengemis Kasih di Penghujung Malam (Qiamullail) ialah satu amalan sunat yang bererti ‘bangun malam’ iaitu bangun dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah SWT.
Amalan qiamullail bukanlah satu perkara baharu, bahkan ianya merupakan ibadat yang sudah menjadi darah daging atau amalan para rasul, nabi-nabi, orang soleh dan alim ulama sejak dahulu lagi.
Sementelah di dalam Ramadan, Nabi Muhammad SAW menganjurkan kita untuk perbanyakkan amal soleh seperti tarawih, sedekah, al-Quran dan Qiamullail sebagaimana yang dicontohkan oleh baginda sendiri untuk menggapai malam al-Qadr.
Penyertaan adalah PERCUMA!
Sarawak Bookfair 2025 27 Sep 2025
Jerayawara Sarawak Lestari (Daro) 27 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025