EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Pustaka Miri Turut Serta Dalam Perhimpunan Dan Perarakan Maulidur Rasul 1433H Peringkat Negeri Sarawak

Posted on 11 June 2012

MIRI -Seramai 25 orang
staf Pustaka Miri telah menyertai Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul
1433H Peringkat Bahagian Miri pada 5 Februari 2012.


 



Kontinjen
yang terdiri daripada ahli-ahli Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) Pustaka Miri
berpakaian hitam dan ungu telah mempamerkan semangat ukhwah selaras dengan tema
Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’.



 



Perhimpunan
telah berlangsung di Stadium Miri sebelum perarakan bermula. Perarakan tahun
ini telah melalui beberapa jalan utama Bandaraya Miri sebelum berakhir di tapak
permulaan.



 



Ianya
telah dirasmikan oleh Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad
Asfia Awang Nasar dan turut hadir ke majlis tersebut ialah  Ketua Menteri
Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri.



 



Sejumlah
150 kontinjen daripada agensi kerajaan, swasta, sekolah, institusi latihan dan
persatuan telah menyertai majlis berkenaan.