Kuching - Pustaka Negeri
Sarawak telah menganjurkan ceramah kewangan pada 29 Januari 2013 bertempat di
Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak. Ceramah yang bertajuk `Pengurusan Kewangan
Peribadi` telah mendapat sambutan di luar jangkaan apabila ceramah tersebut di
hadiri lebih dari 380 orang jemputan yang terdiri daripada kakitangan awam dan
swasta juga para suri rumah dan pelajar. Sesi ceramah ini telah disampaikan
oleh penceramah jemputan Encik Mohamad Hasan merupakan seorang Kredit Kaunselor
di Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Wilayah Sarawak.
Melalui
sesi ceramah ini, para jemputan telah didedahkan dengan teknik yang tepat bagi
menguruskan kewangan peribadi seseorang individu. Selain itu juga, beliau turut
memberi nasihat untuk menguruskan hutang bagi individu yang mempunyai hutang
yang berpunca dari penggunaan kad kredit melebihi had. Sesi ceramah ini amat
bermanfaat apabila beliau turut menceritakan kesilapan-kesilapan yang sering
dilakukan oleh seseorang individu berdasarkan pengalaman beliau yang berkhidmat
sebagai kredit kaunselor. Beliau juga turut menekankan mengenai teknik
pengiraan yang terbaik untuk seseorang yang berniat untuk membuat pinjaman bank
bagi mengelakkan diri membuat peminjaman melebihi kemampuan untuk membayar
balik pinjaman yang telah dibuat..
Bukan
hanya ceramah kewangan ini sahaja, Pustaka Negeri Sarawak akan sentiasa
menggiatkan pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur tidak kira bangsa dan
agama. Malah Pustaka Negeri Sarawak mensasarkan lebih banyak orang ramai yang
berminat untuk mengikuti program-program anjuran Pustaka Negeri Sarawak pada
masa akan datang. Untuk mengetahui program-program anjuran Pustaka Negeri
Sarawak akan datang, orang ramai boleh melayari laman web rasmi www.pustaka-sarawak.com.
AKRAB Siri 4: Bengoh Resettlement Scheme, Kuching 12 Nov 2024
Legal Deposit Awareness 04/24 15 Nov 2024
Makersmeet 2024 16 Nov 2024
Pustaka Negeri Sarawak Silver Jubilee Celebration 31 Dec 2024