26 November 2024, KUCHING - Bahagian Pengurusan Arkib, Pustaka Negeri Sarawak telah menjalankan perkhidmatan pewasapan dan sesi latihan baikpulih bahan-bahan perpustakaan yang terjejas akibat pertumbuhan kulat di Perpustakaan Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak.
Sesi latihan baikpulih telah dijalankan melibatkan 13 orang peserta daripada Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak. Peserta-peserta latihan juga telah didedahkan dengan langkah-langkah serta teknik bagi membaikpulih bahan-bahan yang terjejas akibat pertumbuhan kulat.
Perkhidmatan pewasapan juga dijalankan bagi mengekalkan persekitaran yang kondusif dengan menghilangkan bau hapak dan gas berbahaya seperti ammonia dan hidrogen sulfida serta menghalang pembiakan biologikal yang boleh merosakkan fail dan rekod seperti serangga perosak dan kulat.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai kadar pembayaran serta tempahan perkhidmatan pewasapan, sila hubungi Encik Mohamad Aizat Bin Ajis atau Encik Herrie Suliano Mohamad di talian 082-374 000 (samb. 103/107) atau melalui e-mel aizat2@sarawak.gov.my / herriesm@sarawak.gov.my .
Sila klik link dibawah bagi mengakses brosur digital Perkhidmatan Pewasapan Rekod Jabatan, Pustaka Negeri Sarawak https://www.canva.com/design/DAGXoZmqKQM/hfOrqpc7mH9ZHlNovZGeFQ/view?utm_content=DAGXoZmqKQM&utm_campaign=designshare&utm_medium=link&utm_source=editor
#pustakanegerisarawak
#sarawakstatelibrary
#staterecordrepository
#repositorirekodnegeri
#bacarekacemerlang
#readinnovateexcel
#pustaka2024
#PerkhidmatanPewasapanRekodDanArkib
Please LIKE, COMMENT & SHARE: https://linktr.ee/pustakanegerisarawak?utm_source=qr_code
//cer
Sarawak Bookfair 2025 27 Sep 2025
Jerayawara Sarawak Lestari (Daro) 27 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025