18 Ogos 2025, KUCHING โ Pustaka Negeri Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, bagi memaklumkan penganjuran ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ง๐๐ญ๐ข๐จ๐ง๐๐ฅ ๐๐จ๐ฎ๐ง๐๐ข๐ฅ ๐จ๐ง ๐๐ซ๐๐ก๐ข๐ฏ๐๐ฌ (๐๐๐) ๐๐จ๐ง๐๐๐ซ๐๐ง๐๐ ๐๐๐๐ yang akan berlangsung pada 1 hingga 5 November 2027 di Kuching, Sarawak.
Pustaka Negeri Sarawak akan bertindak sebagai tuan rumah tempatan bersama Arkib Negara Malaysia (NAM) bagi persidangan berprestij ini.
Dalam pertemuan tersebut, Premier Sarawak telah menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran ๐๐๐ ๐๐จ๐ง๐๐๐ซ๐๐ง๐๐ ๐๐๐๐, yang diyakini mampu memperkukuh jaringan profesional arkib antarabangsa serta menyerlahkan kepelbagaian budaya dan keupayaan Sarawak sebagai destinasi penganjuran acara bertaraf dunia.
Delegasi ini diketuai oleh Tuan Haji Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak, Datoโ Jaafar Sidek bin Haji Abdul Rahman, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia (ANM) dan Puan Amelia Roziman, Ketua Pegawai Eksekutif, Business Events Sarawak (BE Sarawak).
Turut hadir adalah delegasi Pustaka Negeri Sarawak iaitu Encik Wan Mazli Wan Razali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Hayati Sabil, Ketua Sektor Perkhidmatan Depositori, dan Puan Dayangku Horiah Awangku Gani, Ketua Bahagian Pengurusan Arkib manakala delegasi ANM adalah Encik Zaidin bin Mohd Noor, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Perancangan dan Pengurusan), Encik Shahlin Ali, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelarasan dan Puan Norsuriaty Awang Hassim, Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan dan Dokumentasi serta pegawai kanan ANM yang lain.
Sarawak Bookfair 2025 27 Sep 2025
Jerayawara Sarawak Lestari (Daro) 27 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025