20 Ogos 2025, KUCHING – Pustaka Negeri Sarawak telah terpilih ke peringkat akhir Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) 2025, Kategori Badan Berkanun Sarawak, berdasarkan pencapaian cemerlang komitmen yang ditunjukkan dalam penilaian peringkat awal.
Lawatan ini telah diketuai oleh YBhg Prof. Dato Dr. Jamil bin Haji Hamali (Ketua Panel), Puan Herlina binti Ajaib Jawahari, Puan Jacqueline Tan Sui Ling, dan Puan Hafiza Atha binti Ahmad.
Rombongan telah dialu-alukan oleh YBrs Haji Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif bersama pihak pengurusan Pustaka.
Sesi lawatan ini juga telah melibatkan semakan dokumen serta temubual bersama pegawai-pegawai Pustaka yang terlibat.
Pihak Pustaka Negeri Sarawak ingin merakamkan penghargaan kepada panel penilai dan tahniah kepada semua warga Pustaka atas komitmen dan kerjasama semasa sesi penilaian dilaksanakan.
Sarawak Bookfair 2025 27 Sep 2025
Jerayawara Sarawak Lestari (Daro) 27 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025