KUCHING, 12 April 2022: Detik Malaysia Membaca dan Sarawak Membaca telah kembali lagi. Program Jom Baca Bersama merupakan program membaca yang dilakukan serentak di seluruh Malaysia pada 21 April 2022 bertujuan memberi kesedaran dan memupuk minat membaca di kalangan masyarakat.
Program Jom Baca Bersama 2022 turut mendapat sambutan dan sokongan daripada YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak. YB Dato Sri Hajah juga akan turut merasmikan Program Jom Baca 2022 kelak.
Sehubungan dengan itu, Pustaka Negeri Sarawak juga turut mengadakan pelbagai pengisian kepada orang awam antaranya adalah Anugerah Pengguna Aktif, Pertandingan Sesi Bercerita Kanak-Kanak, Pertandingan Menulis Cerpen dan pelbagai aktiviti secara atas talian yang akan dijalankan secara langsung di Facebook rasmi Pustaka Negeri Sarawak bermula jam 1tengahari hingga 4 petang.
Orang awam adalah dialu-alukan untuk turut serta dalam Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit yang bertemakan “Bangkit Baca dan Syukur” pada 21 April 2022 (Khamis), bermula jam 11:00 - 11:10 pagi di mana jua anda berada.
Kongsikan DETIK ini dengan memuatnaik gambar dan video anda beserta #jombacaswk2022 #sarawakmembaca
Jom bersama-sama kita semarakkan Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2022.
Sarawak Bookfair 2025 27 Sep 2025
Jerayawara Sarawak Lestari (Daro) 27 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025