KUCHING, 7 Ogos 2025: YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Premier Sarawak, telah mengadakan lawatan ke tapak Projek Pembinaan Bangunan Arkib Sarawak semalam. Projek pembangunan tersebut dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2026 dan merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri memperkukuh infrastruktur pengurusan rekod serta warisan dokumentasi negeri.
Bangunan ini bakal dilengkapi dengan sistem berteknologi tinggi, Automated Storage and Retrieval System (ASRS), iaitu sistem penyimpanan dan pengambilan bahan secara automatik yang berupaya meningkatkan kecekapan pengurusan serta keselamatan dokumen arkib.
Dalam majlis sama, Premier Sarawak turut menyaksikan dua sesi pertukaran dokumen dalam pelaksanaan inisiatif Librarian in Every Home iaitu:
• Memorandum Perjanjian antara Knowledge Research Group (KRG) dan Universiti Teknologi Sarawak (UTS), sebagai persefahaman antara KRG dan UTS dalam penggunaan formula bagi pelaksanaan inisiatif ini.
• Perjanjian Kerjasama antara Pustaka Negeri Sarawak dan UCTS Consultancy Services Sdn. Bhd. (UCSSB), adalah untuk khidmat nasihat dalam pelaksanaan inisiatif ini.
Majlis turut menyaksikan simbolik pra pelancaran 50 Pusat Komuniti Digital (Digital Community Centre - DCC) melalui penyerahan 12 Kit Latihan Librarian in Every Home yang bertujuan memupuk literasi, kemahiran dan inovasi di peringkat komuniti kepada 24 para pelatih dikalangan ahli KRG dan Pustaka Negeri Sarawak.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian; Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), YB Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel; Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak, YBhg. Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen; Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Tuan Haji Japri Bujang Masli; Pengarah Kerja Raya Sarawak, Ir. Ts. Gs. Br. PMr. Dr. Cassidy Morris; dan dif-dif kenamaan serta tetamu jemputan yang lain.
Sarawak Bookfair 2025 27 Sep 2025
Jerayawara Sarawak Lestari (Daro) 27 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025