EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Kursus Pengurusan Fail di Majlis Daerah Maradong dan Julau

Posted on 10 September 2025

09 September 2025, MARADONG AND JULAU - Majlis Daerah Maradong dan Julau telah menganjurkan Kursus Pengurusan Fail pada 9 September 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis. Kursus ini disertai oleh seramai 30 orang kakitangan Majlis Daerah Maradong dan Julau dengan tujuan memperkukuhkan pengetahuan serta kemahiran dalam menguruskan fail dan arkib secara lebih sistematik dan teratur.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Noria Anak Edie, Pegawai Tadbir Majlis Daerah Maradong dan Julau, yang menekankan kepentingan pengurusan fail dan arkib yang cekap dalam menyokong keberkesanan pentadbiran.

Bagi sesi pengisian, pihak majlis berbesar hati menerima kehadiran dua orang penceramah daripada Pustaka Negeri Sarawak iaitu Encik Vincent Jinap, Ketua Bahagian Pengurusan Rekod, serta Encik Mohd Khadzrie Bin Mohd Ramzie Faizal, Ketua Unit Akses & Data Entri, Bahagian Pengurusan Arkib. Kedua-dua penceramah telah berkongsi ilmu, pengalaman dan amalan terbaik berkaitan pengurusan fail dan arkib bagi membantu memperkukuhkan sistem penyimpanan dokumen di majlis daerah.

Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan baik daripada para peserta. Diharapkan segala ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam melaksanakan tugas harian sekali gus meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan pengurusan rekod dan arkib anda boleh berhubung dengan pegawai kami di Bahagian Pengurusan Rekod dan Bahagian Pengurusan Arkib di talian 082-374000 atau emel kami di statedepository@sarawak. gov.my.

#pustakanegerisarawak #sarawakstatelibrary #staterecordrepository #repositorirekodnegeri #bacarekacemerlang #readinnovateexcel #pustaka2025

Please LIKE, COMMENT & SHARE: https://linktr.ee/pustakanegerisarawak?utm_source=qr_code

//cer

Related Link

https://www.facebook.com/pustaka.sarawak/posts/pfbid0zw9hJggwCtLceQQk3i1QdX8agzU8ssv9Sa5PdbT1pHVjgjsZhMmmNeuRzdCfFqpFl