9 September 2024, KUCHING – Pustaka Negeri Sarawak dan Curtin University Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 3 September 2024. Kerjasama ini meliputi bidang-bidang seperti kerjasama dalam perkhidmatan perpustakaan, termasuk perkongsian ilmu, mempromosikan bahan bacaan, pendigitalan dan program latihan staf. Pihak Curtin University Malaysia juga menandatangani beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) dengan institusi dalam dan luar negara pada tarikh tersebut. MoU ini menekankan peranan penting kerjasama ke arah mencapai matlamat pembangunan mampan sejagat.
Sesi penandatanganan MoU tersebut adalah sebahagian daripada acara semasa penganjuran Persidangan The Globesync Centre For Community Research And Sustainable Development pada 3-4 September 2024 di Miri. Acara ini menghimpunkan lebih daripada 1,000 delegasi yang hadir secara fizikal dan maya dari 36 negara untuk mempromosikan kerjasama dan memajukan inisiatif pembangunan mampan.
Setinggi-tinggi Tahniah kepada Tuan Haji Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak yang telah menerima Anugerah Pemimpin Komuniti Lestari GlobeSync yang disampaikan oleh YB Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kesihatan Awam dan Perumahan) semasa Majlis Makan Malam persidangan. Anugerah yang berprestij ini mengiktiraf keterlibatan beliau dalam pembangunan komuniti lestari.
AKRAB Siri 4: Bengoh Resettlement Scheme, Kuching 12 Nov 2024
Legal Deposit Awareness 04/24 15 Nov 2024
Makersmeet 2024 16 Nov 2024
Pustaka Negeri Sarawak Silver Jubilee Celebration 31 Dec 2024