EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

PENUTUPAN SEMENTARA WAKTU PREMIS PUSTAKA NEGERI SARAWAK, KUCHING BERMULA 11 MAC 2021 HINGGA 13 MAC 2021

Posted on 10 March 2021

PENUTUPAN SEMENTARA WAKTU PREMIS PUSTAKA NEGERI SARAWAK, KUCHING

Sebagai usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19, Pustaka Negeri Sarawak, Kuching ditutup kepada orang awam bermula 11 Mac 2021 sehingga 13 Mac 2021.

Ini adalah langkah penting bagi memastikan kesihatan dan keselamatan staf, pengguna dan pelanggan kami adalah di dalam keadaan baik.

Maklumat terkini boleh didapati di media sosial dan laman web Pustaka Negeri Sarawak di www.pustaka-sarawak.com.

Sehubungan dengan itu, pengguna adalah dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian kami yang tersedia 24/7.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi pegawai Unit Komunikasi kami, Nur Ashikin Ahmad 01110870191 / Norzihan Abdullah 0198899424