EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Pustaka Negeri Sarawak Tutup Pada Sambutan Tahun Baru Cina 2022

Posted on 24 January 2022

Pustaka Negeri Sarawak dan kesemua kampus akan tutup pada 1 Februari hingga 2 Februari 2022 bersempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina 2022.

Walaubagaimanapun, Pustaka Negeri Sarawak akan membuka semula pintu kepada orang awam bermula 3 Februari 2022.

Pihak Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada yang meraikan.

Sehubungan itu, jangan lupa untuk menggunakan perkhidmatan kami seperti di bawah secara PERCUMA:-

1. PUSTAKA SARAWAK CHANNEL

Pustaka Sarawak Channel merupakan platform untuk penyiaran program dan aktiviti Pustaka secara dalam talian menggunakan saluran Youtube selari dengan transformasi perkhidmatan norma baharu di alamat https://www.youtube.com/user/PustakaSarawak/

Inisiatif tersebut bertujuan untuk meneruskan program dan aktiviti galakan membaca dalam suasana pandemik Covid-19 dengan kelaziman baru menerusi saluran YouTube dan mengoptimumkan potensi teknologi maklumat dan komunikasi bagi memanfaatkan lebih ramai orang tanpa dibataskan oleh masa dan tempat.

2. PERKHIDMATAN BOOKBEAR

Kami menawarkan Perkhidmatan BookBear melalui aplikasi Angka.sa2 secara PERCUMA.

BookBear merupakan perkhidmatan peminjaman buku terus ke rumah pengguna di mana pengguna boleh memuat turun aplikasi Angka.sa2 melalui Google Play Store atau App Store.

Inisiatif ini adalah bertujuan untuk memastikan pengguna mendapat akses kepada koleksi Pustaka dan masa operasi adalah seperti berikut:-

Hari Operasi : Isnin hingga Sabtu
Masa Operasi: 9:00 pagi -5:00 petang

Jangan lupa ikuti perkembangan terkini daripada kami dari masa ke masa melalui sosial media dan laman web kami.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai seranta kami seperti di bawah:-

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai seranta kami seperti di bawah:-

i. Perkhidmatan Bookbear / Peminjaman, Pemulangan dan Pembaharuan Bahan Perpustakaan :-
• 0138044220 (Puan Rozana Octovia Ak Raymond Umpu) / 082-442000/082-449126 atau email librarian@sarawak.gov.my

ii. Perkhidmatan Depositori:-
• 0138098807 (Cik Dorithy Dela Ak Lawrence)/ 082-440488 atau email dorityd@sarawak.gov.my

iii. Unit Komunikasi, Pustaka Negeri Sarawak, Kuching:-
• 01110870191 (Nur Ashikin Ahmad) / 0198899424 (Norzihan Abdullah) atau email nuraa2@sarawak.gov.my / norzihaa@sarawak.gov.my

Terima kasih.