Tahukah anda bahawa khazanah budaya, bahasa dan persuratan negeri Sarawak berpotensi diangkat ke peringkat antarabangsa sebagai Daftar Memory of the World Register, Unesco?
Mari kita ikuti sesi perkongsian dalam memperkenalkan ciri-ciri “warisan kebudayaan yang penting” bagi Daftar Warisan Kebangsaan di bawah peraturan Akta 645, iaitu “mempunyai nilai estetik, arkeologi, seni bina, kebudayaan, sejarah, saintifik, sosial, spiritual, linguistik atau teknologi”. Sorotan ringkas cadangan karya-karya persuratan Sarawak dikongsikan sebagai cadangan Daftar Warisan Kebangsaan yang bakal diolah oleh pustakawan dan pengkaji sebagai projek berterusan.
Perkongsian maklumat ini akan disampaikan oleh Puan Kamariah binti Abu Samah, Mantan Ketua Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada :
Tajuk : Siri Ceramah Sarawakiana : Potensi Warisan Persuratan Sarawak sebagai Warisan Negara dan Dunia: Satu Pengenalan
Tarikh : 14 Februari 2022, Isnin
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Koleksi Khas, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai yang mendaftar. Sila patuhi SOP yang ditetapkan dan gunakan pelitup muka sepanjang program.
Untuk pendaftaran sebagai peserta atau sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus (cmasyima@sarawak.gov.my) / Aidashermilla Hashim (aidasheh@sarawak.gov.my) di talian 082-440488.
AKRAB Siri 4: Bengoh Resettlement Scheme, Kuching 12 Nov 2024
Makersmeet 2024 16 Nov 2024
Pustaka Negeri Sarawak Silver Jubilee Celebration 31 Dec 2024