EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Sarawak Authors Highlights & Bicara Karya

Posted on 13 July 2023

Bersempena dengan Pustaka Book Fair 2023, Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan Program Sarawak Authors Highlight & Bicara Karya pada pada 22 Julai 2023 (Sabtu), jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang bertempat di Galeri™️, Pustaka Negeri Sarawak Kuching.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengetengahkan penulis tempatan selain dapat menggalakkan aktiviti penulisan dalam memelihara khazanah penulisan di Sarawak. Dengan penganjuran program sebegini, adalah diharapkan ia dapat memberi insipirasi dan memupuk minat masyarakat kepada pelbagai bidang penulisan.

Seramai 6 orang penulis daripada latar belakang penulisan yang berbeza telah dipilih untuk diketengahkan melalui sesi Sarawak Authors Highlight dan Bicara Karya.

Antara penulis yang terlibat untuk sesi Sarawak Authors Highlight adalah Sasterawan Negeri Sarawak Jong Chian Lai, penulis tempatan Sarawak, Jaya Ramba dan Shield Sahran. Semasa sesi ini penulis akan berpeluang untuk berkongsi pengalaman dan pencapaian mereka dalam bidang penulisan. Cabaran yang mereka hadapi sepanjang bergelar penulis dipercayai akan menjadi sumber inspirasi dan panduan kepada penulis baru dan masyarakat yang berminat dalam penulisan. Manakala untuk sesi Bicara Karya pula akan menampilkan penulis Sarawak berbakat seperti Naziah Naziri, Dr. Idris Boi serta ahli panel jemputan daripada Arked Nusantara iaitu Prof. Dr. Syed Muhammad Khairudin Aljunied yang merupakan penulis prolifik dan pakar Sejarah Asia. Kedua-dua sesi ini akan dikendalikan oleh moderator yang berpengalaman iaitu Nurina Pillin anak Sibat, pensyarah kanan daripada Kolej Komuniti Sarawak, Cawangan Sibu. Sesi ini nanti akan menjadi platform kepada penulis untuk membincangkan buku yang telah mereka terbitkan dan dalam masa yang sama dapat mempromosi penulis serta hasil karya yang telah mereka hasilkan.

Diharapkan program sebegini akan dapat memberi pengiktirafan kepada penulis tempatan memandangkan mereka seringkali menghadapi cabaran dalam penyebaran karya mereka di peringkat nasional dan antarabangsa.

Buku yang akan dikupas adalah Kumpulan cerpen: Cinta Maharani, “Islam in Malaysia: An Etwined History” dan Tajuk karya: Sayang Sarawak