Mari kita ikuti sesi perkongsian maklumat menerusi Siri Ceramah Sarawakiana yang akan mengetengahkan dan memaparkan karya mutakhir mengenai penulisan sejarah di negeri Sarawak. Ceramah tersebut juga menyentuh mengenai penulisan sejarah Sarawak terawal yang banyak dipelopori oleh golongan pegawai Inggeris sama ada di zaman pemerintahan Brooke mahupun zaman penjajahan kolonial British di Sarawak.
Ceramah ini akan disampaikan Encik Azuan Bin Jemat, Pengurus, Lembaga Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu, Pusat Penerangan Islam Sarawak pada:
Tajuk : Siri Ceramah Sarawakiana : Pensejarahan Kritis Negeri Santubong: Sejarah Awal Sarawak
Tarikh : 30 September 2024, Isnin
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Seminar, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai. Untuk mendaftar sebagai peserta atau sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus (cmasyima@sarawak.gov.my) / Aidashermilla Hashim (aidasheh@sarawak.gov.my) di talian 082-374000 atau imbas Kod QR pada poster.
#pustakanegerisarawak
#sarawakstatelibrary
#staterecordrepository
#repositorirekodnegeri
#bacarekacemerlang
#readinnovateexcel
#pustaka2024
#SiriCeramahSarawakiana
#Tradisikitakhazanahkita
Please LIKE, COMMENT & SHARE:
https://linktr.ee/pustakanegerisarawak?utm_source=qr_code
//cer
AKRAB Siri 4: Bengoh Resettlement Scheme, Kuching 12 Nov 2024
Legal Deposit Awareness 04/24 15 Nov 2024
Makersmeet 2024 16 Nov 2024
Pustaka Negeri Sarawak Silver Jubilee Celebration 31 Dec 2024