Buku bertajuk Money for Millenials ini mengandungi maklumat padat dan menyeluruh berkaitan kewangan seperti cara penetapan matlamat kewangan, teknik perbelanjaan berkesan, kaedah pengurusan hutang dan kredit, serta kepentingan menabung. Selain itu, terdapat topik menarik yang lain seperti asas pemilikan rumah, insuran, pelaburan, persaraan dan cukai. Buku ini juga mengandungi glosari untuk rujukan dan kemudahan pembaca.