Bagi pembaca yang meminati bidang peniagaan, buku ini amat sesuai dibaca dan pelbagai tips mudah untuk memajukan perniagaan disampaikan melalui buku ini. Selain daripada tips perniagaan, penulis juga ada menyelitkan bagaimana kaum Tionghua menceburkan diri dalam perniagaan dan tokoh-tokoh yang terkenal yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Penulis buku ini juga turut memberi sedikit panduan asas perniagaan dan kewangan untuk para remaja yang ingin berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.