Membincangkan berkenaan makluk zombie, sama ada ia wujud atau khayalan manusia saja. Penulis membincang dari segi sejarah kewujudan pada kurun ke 17 masihi yang dipercayai dibawa dari Afrika ke Haiti melalui amalan voodoo. Ia kemudian merebak ke Amerika Syarikat melalui filem-filem seram keluaran mereka. Penciptaan zombie juga turut dibincangkan dalam buku ini, menurut penulis ia mula dicipta di Haiti melalui proses zombifikasi. Selain itu penulis juga membincangkan isu-isu yang berkaitan zombie termasuk dalam kepercayaan masyarakat dunia. Kesimpulan nya kewujudan zombie hanyalah melalui dua cara iaitu ilmu hitam dan penggunaan bahan-bahan berunsur dadah dan toksik.
Gaya penulisan yang dibawa oleh penulis ringkas dan mudah difahami. Setiap bab berkaitan dengan bab yang lain. Pembaca perlu membaca dari bab ke bab untuk mendapatkan kesimpulannya.