Buku mengenai panduan pengurusan rumah secara lebih efektif dan sistematik. Dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengurusan makanan, pengurusan pembersihan rumah dan pengurusan kewangan. Amat sesuai sebagai panduan dan bacaan suri rumahtangga dan para suami. Dalam bab pengurusan makanan disediakan panduan perancangan menu, pembelian bahan mentah, penyediaan awal bahan masakan dan proses penyediaan hidangan. Dalam bab pengurusan pembersihan rumah pula memaparkan dari cara penyediaan kit pembersihan rumah,perancangan pembersihan, proses penyisihan barang, proses pembersihan rapi, proses susun atur dan proses mengemas. Bagi bab pengurusan kewangan pula menyediakan panduan analisis kewangan, matlamat, pengurusan simpanan dan pelaburan, pengurusan perbelanjaan, hutang, zakat dan cukai.
Penulis menggunakan gaya penulisan yang ringkas, secara langkah demi langkah dan terus kepada maklumat tanpa ada ayat yang berjela-jela. Ditambah lagi dengan bantuan ilustrasi berwarna yang memudah pemahaman pembaca.