EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

KEHIDUPAN KEDUA: MEMOIR PENGHIDAP KANSER

image description
Call no.
: 362.1969940092 KUR
Author
: Endri Kurniawati
Contributor
: Georgiana Usun Jok
Summary
Buku KEHIDUPAN KEDUA: Memoir Penghidap Kanser karya Endri Kurniawati ini merupakan catatan pengalaman sebenar seorang penghidap penyakit kanser yang boleh dijadikan pengajaran. Sebagaimana diketahui umum, kanser adalah monster atau makhluk yang amat menakutkan. Menyedari betapa hakikat pengalaman melalui penderitaan sakit kanser itu sebagai suatu hikmah anugerah Maha Kuasa, atas saranan sahabat-sahabat dan orang-orang terdekat dalam kehidupan, maka akhirnya dia mengagahkan jiwa dan tenaga untuk menulis pengalaman berharga ini menjadi sebuah buku. Membaca KEHIDUPAN KEDUA ini, kita merasai seolah-olah berada dalam suatu situasi psikologi yang dipukaukan keinginan untuk mengetahui sebab akibat tentang penyakit yang dialami dan bagaimana cara rawatannya, sehingga bab demi bab terus berperanan dan berkesinambungan mengisahkan kebenaran suatu pengalaman hidup penghidap kanser. Semua laluan pengalaman yang diangkat Endri itu boleh menjadi teladan dan iktibar serta panduan mengisi hujung perjalanan hayat semua kita, kerana kehadiran moster itu walaupun kepada siapa, tidak ada sebarang amaran dan tanda-tanda awal. Kesimpulan dari pembacaan KEHIDUPAN KEDUA ini, tidak semua penyakit hanya sesuai dirawat di hospital, sebaliknya keserasian rawatan menggunakan ramuan dan ubatan herba juga tidak harus dipandang remeh, kerana ia juga satu daripada altenatif dan jalan keluar kepada pesakait-pesakit kanser.

Upcoming Activities

Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025


View All Activities