40 Nasihat Membahagiakan Ibu Bapa karya Imam Ibnu al-Jauzi menghimpunkan dua tulisan berharga iaitu Laftah Al-Kabid Ila Nasihah Al-Walad dan Birr Al-Walidain. Buku ini mengandungi nasihat mendalam daripada seorang ayah kepada anaknya tentang pembinaan diri, disiplin, kesabaran, serta kewajipan berbakti kepada ibu bapa. Walaupun ditulis khusus untuk anaknya, pesanan ini relevan untuk semua, menjadi panduan dalam membentuk generasi berakhlak mulia dan berjaya di dunia serta akhirat.