Perasaan bosan melanda apabila kita tidak melakukan sebarang aktiviti. Kehidupan pastinya menjadi lebih menarik jika kita melakukan apa yang kita sukai. Itulah yang dinamakan sebagai hobi. Terdapat banyak hobi yang boleh kita lakukan dalam kehidupan seharian untuk mengisi masa lapang.