Bahagia yang Jauh mengisahkan Vee Layla Adib, seorang wanita yang sering diuji dalam kehidupan, dari keluarga yang tidak memberikan kasih sayang hingga perkahwinan yang musnah akibat pengkhianatan. Dia pernah jatuh cinta, namun cintanya tidak kesampaian. Kehidupannya penuh dengan penderitaan, namun Vee terus berusaha hidup walaupun sering terluka.
Kehadiran Hans Mikael memberikan harapan baru dan kasih sayang yang sudah lama hilang, tetapi Vee takut untuk memberi hatinya lagi kerana takut terluka. Mampukah dia meraih kebahagiaan yang selama ini terasa jauh dan sukar dicapai?