EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Hubungan Ketua & Pekerja Bagaimana Membahagiakannya?

image description
Call no.
: 158.1 MUH
Author
: Dr. Muhaya Haji Mohamad
Contributor
: Siti Rohana Binti Saat
Summary
Buku ini adalah siri motivasi.

Menurut penulis, berdasarkan daripada pengalaman, pengamatan dan ilmu dalam bindang kedoktora, khususnya sebagai doktor pakar mata, beliau menghubungkan peranan minda, hati dan mata dalam menentukan kejayaan dan kebahagiaan seseorang individu. Tidak kira siapa kita (ketua atau pekerja) sentiasalah memberi kasih sayang daripada orang sekeliling kita.

Dalam kehidupan, kita boleh pilih antara membuat ‘TINDAKAN’ atau mencari ‘ALASAN’. Semakin banyak alas an yang diberikan, semakin tinggilah ego kita untuk memberi alasan atas perkara yang kita tidak boleh dan tidam mahu buat. ‘ALASAN’ adalah ‘RACUN’ yang membunuh kejayaan dan kebahagiaan. Sifat tanggungjawab amat penting, untuk mengelakan sifat menyalahkan orang lain dan memberi alasan. Jangan mengharap orang lain untuk mengatasi masalah kita. Ambil tanggunjawab dan banyakan berdoa, sebab hati manusia dalam genggaman Allah SWT. Kita mendoakan orang lain, Allah SWT mendengar doa kita dan merahmati mereka. Kadangkala, apabila kita selamat dan bahagia, ingatlah bahawa seseorang telah mendoakan kita.

buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua pekerja, tidak kira sebagai pekerja di jabatan kerajaan, syarikat swasta, individu yang bekerja sendiri sebagai ahli perniagaan atau pekerja yang bekerja sebagai pembantu rumah. Buku ini juga bermanfaat kepada golongan remaja (pelajar dan mahasiswa) yang sedang mencari dan membentuk imej diri. Juga sangat berguna untuk mereka yang sedang mencarik peluang pekerjaan, kerana terdapat tip semasa temuduga bagi mendapatkan pekerjaan. Ibu bapa juga dicadangkan membaca buku ini bagi mendapatkan panduan untuk membentuk diri anak yang cemerlang di dunai dan akhirat, sejak mereka bayi lagi, supaya apabila mereka dewasa, mereka mempunyai imej diri yang positif.