Buku ini merupakan catatan pengalaman penulis daripada hobi menanam sejak dahulu lagi. Buku ini menjadi wadah kepada penggemar tanaman hiasan dari segi kaedah penjagaan tanaman unit selain itu dapat menjadi bahan rujukan kepada penggemar tanaman unit di negara ini.
Buku ini amat sesuai dijadikan sebagai panduan kerana semua maklumat asas seperti asal usul, cirri keunikan dan panduan penjagaan bagi setiap jenis tumbuhantelah dimuatkan mengikut kumpulan tumbuhan. Dengan itu, pembaca dapat membuat pilihan tanaman yang lebih tepat mengikut kehendak kemampuan mereka.
Sebanyak 12 jenis tumbuhan yang unit daripada segi rupa bentuk, corak hidup ataupun sifatnya diperkenalkan di dalam buku ini. Sebilanganya ialah spesies tempatan dan sebahagiannya pula ialah spesies dari luar negara. Antaranya termasuklah tanaman unit tempatan seperti Amorphophallus, Hoya, Tacca, Lycopodium, sebilangan spesies pisang hiasan dan sebagainya. Spesies dari luar negara pula terdiri daripada Anthurium, Cryptanthus, mawar hijau, pokok buah ajaib dan banyak lagi.
Penulis juga berkongsi mengenai asal usul tumbuhan, huraian ciri keunikan, teknik/panduan penjagaan dan pembiakannya disampaikan dalam bentuk yang ringkas beserta dengan keterangan saintifik yang mudah agar dapat difahami oleh para penggemar amatur yang tidak berlatarkan sains botani atau hortikultur.
Untuk menyenangkan rujukan lanjutan, nama saintifik atau nama botani yang diterima pakai secara global bagi setiap spesies tanaman untuk yang dibincangkan dalam buku ini telah dinyatakan. Bagi para pembaca yang baru sahaja memulakan hobi menanam, besar kemungkinan mereka akan merasa nama-nama saintifik itu susah untuk diingat kerana nama-nama tersebut terdiri daripada ejaan yang asing dan sebutan yang janggal.
Buku ini banyak memberi pengetahuan kepada saya untuk memulakan minat/hobi dalam penjagaan tanaman hiasan.