Sebuah buku koleksi kumpulan puisi Rahimidin Zahari. Gaya penulisannya sangat menarik dan padat dengan falsafah, tepu dengan nilai-nilai rohaniah tetapi diungkap dengan begitu dekat kepada emosi dan perasaan. Majoriti puisi nukilan beliau di dalam buku ini berkisar tentang pengalaman, pengamatan, serta tentang kejadian yang berlaku di sekeliling beliau.
Seperti ungkapan beliau sendiri: `Dengan menulis puisi, saya sebenarnya telah menuliskan hati`.