Pustaka Negeri Sarawak mengumumkan penganjuran Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 (SGMILD 2025) yang akan berlangsung pada 29 Oktober 2025, bertempat di Galeri, Pustaka Negeri Sarawak serta disiarkan secara langsung melalui Zoom, Facebook dan YouTube Pustaka. Acara ini merupakan sebahagian daripada Minggu Literasi Media dan Maklumat Global 2025 anjuran Pustaka Negeri Sarawak, yang diraikan setiap tahun dari 24 hingga 31 Oktober.
Dengan bertemakan “Minds Over AI – Media and Information Literacy (MIL) in Digital Spaces”, SGMILD 2025 akan menekankan peranan penting literasi media dan maklumat dalam era kecerdasan buatan (AI) yang semakin mempengaruhi kehidupan seharian masyarakat. Dialog ini dianjurkan dengan kerjasama Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM), UiTM dan dijangka menghimpunkan penyertaan 1,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pustakawan, ahli akademik, belia, wakil komuniti, pencipta kandungan digital, pengamal media, pakar teknologi serta wakil antarabangsa.
SGMILD 2025 akan dirasmikan oleh YB Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak pada 29 Oktober 2025.
Antara tumpuan utama dialog tahun ini ialah:
• Pemikiran Kritis di Era Algoritma – isu bias algoritma, berita palsu dan deepfake.
• Memperkasa Belia sebagai Warga Digital Beretika – inovasi dan projek belia dalam literasi media.
• Perspektif Pribumi dan Pelbagai Etnik terhadap AI dan MIL – keseimbangan antara teknologi dan pemeliharaan warisan budaya.
• Peranan Pustaka, Arkib dan Institusi Awam sebagai Penjaga Kebenaran.
• Etika AI, Tadbir Urus dan Hak Digital.
• Pelaksanaan Garis Panduan UNESCO bagi Bandar Literasi Media dan Maklumat (MIL Cities).
Selain ucaptama, SGMILD 2025 turut menampilkan Sesi Perbincangan Panel bersama pakar-pakar dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura dan India, di samping pemimpin belia tempatan serta wakil komuniti pribumi. Perbincangan ini akan memberi tumpuan kepada perkongsian pengalaman antarabangsa, suara belia, serta perspektif kepelbagaian budaya bagi menangani cabaran dan peluang era AI.
Sepanjang sesi sehari penuh ini, peserta akan berpeluang menyertai ucaptama, perbincangan panel, sesi jaringan komuniti, serta persembahan kebudayaan daripada Yayasan Budaya Dayak. Dialog ini bukan sahaja menjadi wadah perbincangan isu-isu global, malah membuka ruang untuk belia, masyarakat bandar dan luar bandar, serta komuniti pribumi menyuarakan pandangan dan cadangan berkaitan masa depan digital mereka.
Antara aktiviti lain yang akan diadakan sepanjang Minggu Literasi Media dan Maklumat 2025 ialah adalah seperti berikut:
Ceramah Literasi Digital dan Reading Seeds:
i. Kawan atau lawan? AI dalam dunia misinfoirmation -27 October 2025
ii. Internet tak salah, yang salah kita betul ke? - 28 Oktober 2025
iii. Teaching smarter with AI: practical tools and ethical use - 30 Oktober 2025
iv. Program Readimg Seeds: “Kesihatan awal kanak-kanak: peranan awal dalam perkembangan otak - 31 Oktober 2025
Program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan penyertaan adalah percuma. Pustaka Negeri Sarawak mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk bersama-sama memperkasakan diri dengan ilmu literasi media dan maklumat dalam menghadapi cabaran era AI.
Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Sekretariat SGMILD 2025 di talian +60138348284 atau emel librarian@sarawak.gov.my
Sarawak Global Media and Information Literacy Week 2025 24 Oct 2025
(Sibu) Customer Day 25 Oct 2025
Program Jerayawara Sarawak Lestari 2025 Zon Selatan,Kampung Hulur Meludam, Betong 19 Nov 2025
Seminar Sarawak Lestari Bertemakan ?Alam Sekitar dan Sumber Asli? 27 Nov 2025
Makersmeet 2025 29 Nov 2025