5 Januari 2021, KUCHING - Pustaka Negeri Sarawak telah menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg Datu Dr. Sabariah Putit, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan diiringi oleh pegawai-pegawai Jabatan Kerajaan terlibat.
Antara tujuan Kunjungan Hormat ini adalah taklimat mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Bahagian Sarawakiana dan lawatan ke Pameran Sarawakiana di Pustaka Negeri Sarawak.