Ayuh sama-sama kita saksikan tayangan imbasan Pertandingan Hadrah yang pernah dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak pada tahun 2016, 2017 dan 2019! Pastinya akan menggamit memori terutamanya mereka yang pernah turut serta semasa pertandingan tersebut diadakan. Memandangkan kita masih berdepan dengan pandemik Covid-19, pertandingan Hadrah pada tahun ini terpaksa ditunda bagi memastikan keselamatan dan kesihatan kita semua tidak terdedah kepada jangkitan virus yang merbahaya ini.
Butiran program ini adalah seperti berikut:
Tarikh: 25 September 2021, Sabtu
Masa: 2.00 petang
Saluran: YouTube (Pustaka Sarawak) dan Facebook (pustaka.sarawak)
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Izaruddin Moss di talian 082-442000.
Semoga kita akan dapat bersua lagi di dalam Pertandingan Hadrah pada masa yang akan datang dalam suasana yang lebih meriah.
Sarawak Bookfair 2025 27 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Week 2025 24 Oct 2025