Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Sarawak Multimedia Authority (SMA), Pusat Komuniti Digital (DCC) dan American Corner akan mengadakan Seminar Bisnes 360 yang dianjurkan secara percuma kepada orang awam menggunakan aplikasi Zoom pada 18 September 2021 ini.
Tujuan utama seminar ini diadakan bagi memberi pendedahan dan membantu usahawan-usahawan untuk bangkit menerajui perniagaan dalam norma baharu. Modul pembelajaran dalam seminar akan disampaikan oleh pakar perunding dalam perniagaan iaitu Encik Moslem Anoar yang juga merupakan usahawan dari Firma Perunding AAZ Puncak Pinnacle.
Orang ramai yang berminat untuk meningkatkan perniagaan atau berminat dengan bidang keusahawanan tetapi masih keliru bagaimana untuk memulakan langkah pertama, jangan risau kerana ini adalah peluang terbaik anda ! Daftarlah sekarang dengan melayari pautan pendaftaran https://www.pustaka-sarawak.com/apps/events/index-event.php?eid=EVE1631262505.
Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi pegawai seranta Pustaka Negeri Sarawak di talian 082-442000 atau melalui emel nurfatini@sarawak.gov.my Nurfatini Apandi
atau najwa@sarawak.gov.my Dayang Najwa Hazwani.
Sarawak Bookfair 2025 27 Sep 2025
SAL.co 2025 15 Oct 2025
Makersmeet 2025 18 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Week 2025 24 Oct 2025