Refleksologi tangan lebih mudah dari kaki kerana sesetengah orang sensitif dengan pengendahlian atau sentuhan pada kaki mereka. Refleksologi tangan dapat diaplikasikan di mana-mana sahaja tidak kira tempat, masa dan keadaan. Rutin rawatan hanya mengambil masa yang singkat iaitu antara 10 – 15 minit dan ia sesuai digunakan oleh semua orang tidak mengira usia.
Arahan langkah-langkah refleksologi tangan di dalam buku ini diterangkan dengan mudah dengan disertakan gambar menunjukkan ‘reflex points’.
Antara rawatan refleksologi tangan yang saya gemari adalah rawatan untuk melegakan sakit/tekanan di kepala, mata dan sakit belakang.