Buku karya Hana Dahlia berhalaman 240 ini lebih terarah kepada genre motivasi diri penuh dengan mesej-mesej membangun dan halus mengena diri kita. Setiap baris tulisannya tersangatlah indah dan berjaya memujuk hati yang sama ada lelah, kecewa, sedih mahupun hilang arah buat sementara dari hala tuju sebenar kehidupan.
Penulis mengingatkan kita bahawa ujian dalam hidup ini memang lumrah, dan Allah takkan bagi beban yang kita tak mampu tanggung. Dengan bahasa yang lembut, buku ni macam kawan baik yang bagi nasihat supaya kita yakin diri dan percaya kita boleh harungi semua dugaan.