Buku ini menceritakan perjalanan dan rentetan sejarah, geografi, politik dan undang-undang tentang isu tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara. Dalam pada itu, beberapa persoalan penting cuba dikupas dalam buku ini, antaranya persoalan-persoalan seperti apakah yang dituntut? Mengapa Filipina benar-benar mahukan Borneo Utara? Apakah alasan Filipina menuntut Borneo Utara? Bagaimana cara Filipina mahu mendapatkannya ? Apakah akibat terhadap tuntutan Filipina? Serta apakah kesan yang bakal berlaku hasil daripada tuntutan Filipina?