Buku ini merupakan sebuah siri bahan bacaan berunsur kreatif yang melibatkan pementasan teater atau drama pentas untuk kanak-kanak. Siri ini terdiri daripada lapan buah cerita yang merangkumi pelbagai tema seperti tema fantasi, reality, kemasyarakatan, haiwan dan sebagainya.
Siri Slot Akasia Pentas mengunakan konsep penceritaan yang mudah difahami dialognya mudah dihafal dan diucapkan. Terdapat juga ilustrasi yang menarik, glosari dan latihan menguji kefahaman.
Siri Slot Akasia Pentas bukan sahaja menarik untuk dibaca malah dapat dilakonkan semula oleh murid-murid sebagai salah satu aktiviti kokurikulum yang menyeronokan.