Jom Sertai Kajian Awal Indeks Membaca Kebangsaan (IMK) 2026
Perpustakaan Negara Malaysia sedang melaksanakan Kajian Awal Indeks Membaca Kebangsaan (IMK) 2026 bagi membangunkan asas pengukuran tahap dan corak amalan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Orang ramai dijemput untuk meluangkan masa sekitar 5 hingga 10 minit bagi melengkapkan soal selidik ini. Maklum balas yang diberikan amat penting dalam menyokong pembangunan dasar, perancangan serta inisiatif pembudayaan membaca di peringkat nasional.
Tempoh Kajian: 1 Jun – 31 Ogos 2026
Semua maklumat yang diberikan adalah SULIT dan untuk tujuan penyelidikan sahaja.
Imbas kod QR pada poster untuk menyertai kajian atau pautan berikut:
https://forms.gle/w7oNdC8Nkmp71sU66
Kerjasama dan penyertaan anda amat dihargai. Terima kasih.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Seminar Sarawak Lestari 2026 13 Aug 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026