Pustaka Negeri Sarawak menjemput orang ramai untuk menyertai Forum Sarawakiana 2026 sempena Sambutan Hari Sarawak 2026 yang akan membawakan perbincangan menarik berkaitan sejarah, identiti dan aspirasi masa depan Sarawak.
Bertemakan “Menghayati Hari Sarawak: Sejarah, Pengorbanan dan Harapan”, forum ini akan berlangsung pada 21 Julai 2026 (Selasa), dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang bertempat di Auditorium, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak.
Forum ini menampilkan barisan panel terdiri daripada Encik Afham Jauhari bin Aldi, Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Sarawak; Encik Dick Lembang anak Dugun, Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS); serta Cik Ayla Medina binti Maran, wakil belia, dengan Encik Rudi Affendi Khalik sebagai moderator.
Perbincangan akan menyentuh kepentingan memahami sejarah Sarawak, peranan institusi dalam memelihara warisan dan rekod sejarah, serta tanggungjawab generasi muda dalam memperkukuh identiti dan jati diri Anak Sarawak.
Orang ramai berpeluang berinteraksi bersama panel menerusi sesi soal jawab yang turut diadakan bagi berkongsi pandangan dan perspektif mengenai sejarah serta warisan Sarawak.
Penyertaan adalah PERCUMA. Semua lapisan masyarakat dialu-alukan untuk hadir dan bersama-sama menghayati sejarah, menghargai warisan serta menyemarakkan semangat cintakan Sarawak.
Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut: https://forms.gle/vcULBtTmktgZfAJSA
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Seminar Sarawak Lestari 2026 13 Aug 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026