EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Pustaka Negeri Sarawak Perkukuh Kerjasama Antarabagsa Menerusi Kunjungan Hormat Duta Hungary ke Malaysia

Posted on 29 April 2026

ππ”π’π“π€πŠπ€ ππ„π†π„π‘πˆ π’π€π‘π€π–π€πŠ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 πŒπ„ππ„π‘π”π’πˆ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐃𝐔𝐓𝐀 π‡π”ππ†π€π‘π˜ πŠπ„ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

29 April 2026, KUCHING - Pustaka Negeri Sarawak telah menerima kunjungan hormat Duta Hungary ke Malaysia, H.E. Dr. SΓ‘ndor Sipos, kelmarin dalam usaha memperkukuh kerjasama dua hala khususnya dalam bidang intelektual, budaya dan perkongsian ilmu.

Kunjungan ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama antara Pustaka Negeri Sarawak dan pihak Hungary bagi penganjuran sebuah program berteraskan sejarah dan penerbitan buku, iaitu XΓ‘ntus AndrΓ‘s Borneo: A Hungarian Naturalist in 19th-Century Sarawak. Program ini dirancang sebagai platform untuk mengetengahkan hubungan sejarah antara Hungary dan Sarawak melalui perspektif tokoh naturalis Hungary pada abad ke-19.

Antara pengisian yang dicadangkan termasuk pameran buku, sesi pembentangan oleh penulis, serta perkongsian ilmu berkaitan kandungan dan konteks buku yang akan dilancarkan. Program ini dijangka memberi nilai tambah kepada usaha pendokumentasian sejarah serta memperkayakan koleksi rujukan di Pustaka Negeri Sarawak.

Pustaka Negeri Sarawak menyatakan sokongan penuh terhadap kerjasama tersebut dan turut mencadangkan agar pihak Hungary mempertimbangkan untuk membekalkan lebih banyak bahan bacaan berkaitan negara Hungary, meliputi bidang sukan, ekonomi, budaya dan sejarah. Inisiatif ini dilihat berpotensi membantu masyarakat Sarawak, khususnya golongan muda, untuk lebih mengenali Hungary serta memperoleh inspirasi melalui pendedahan antarabangsa.

Kunjungan hormat ini telah disambut oleh Tuan Haji Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, bersama barisan Pegawai Kanan Pustaka Negeri Sarawak.
Pustaka Negeri Sarawak terus komited dalam memperluas jaringan kerjasama strategik di peringkat antarabangsa selaras dengan peranannya sebagai pusat ilmu dan penyebaran maklumat kepada masyarakat.

Related Link

https://www.facebook.com/photo/?fbid=1374675351363203&set=pcb.1374675784696493