10 Jun 2026, LUNDU – Pustaka Negeri Sarawak telah menyertai Karnival STEM SMK Lundu 2026 yang berlangsung hari ini dengan penyertaan lebih 1,500 pengunjung terdiri daripada pelajar, guru serta komuniti setempat, kelmarin.
Penyertaan Pustaka dalam karnival ini bertujuan menyokong usaha memperkukuh budaya STEM dalam kalangan generasi muda melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif, kreatif dan berasaskan teknologi.
Sepanjang program berlangsung, Pustaka telah mengendalikan pelbagai aktiviti menarik seperti Virtual Reality (VR), 3Doodler, STEM DIY Kit dan Lego STEM, yang memberi peluang kepada para peserta untuk meneroka konsep sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara hands-on dan menyeronokkan.
Karnival ini turut menjadi platform penting dalam meningkatkan kesedaran serta minat pelajar terhadap bidang STEM, di samping menggalakkan pemikiran kritis, kreativiti dan inovasi dalam proses pembelajaran.
Pustaka Negeri Sarawak berharap kerjasama strategik bersama institusi pendidikan dan komuniti seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperluas akses kepada pendidikan STEM serta melahirkan generasi yang celik teknologi dan berdaya saing.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Seminar Sarawak Lestari 2026 13 Aug 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026