14 Julai 2026, KUCHING – Sektor Pengurusan Arkib, Pustaka Negeri Sarawak telah melaksanakan Program Enrolment of Membership for Pustaka Negeri Sarawak at State Record Repository (EMPUN) Siri 3–4 dan Program Friend of Archive (FOA) Siri 5–8 pada 6 hingga 9 Julai 2026 bertempat di Repositori Rekod Negeri.
Program EMPUN merupakan inisiatif pendaftaran keahlian bagi memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan akses perkhidmatan rujukan terhadap rekod dan bahan arkib yang telah dipindahkan ke Pustaka Negeri Sarawak. Program ini turut memberi pendedahan berkaitan tatacara tempahan dan rujukan rekod melalui penggunaan Archival Records Management System (ARMS), sama ada secara dalam talian (online view) atau secara fizikal di ruang rujukan Repositori Rekod Negeri.
Manakala, Program Friend of Archive (FOA) merupakan inisiatif Pustaka Negeri Sarawak dalam membuka peluang kepada pelajar dan orang awam untuk terlibat sebagai sukarelawan dalam menyokong pelaksanaan pelbagai program serta perkhidmatan yang disediakan oleh Sektor Pengurusan Arkib.
Bagi siri pelaksanaan kali ini, program melibatkan penyertaan seramai 66 orang peserta yang terdiri daripada pelajar TVET MARA Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuching, Kolej Komuniti Kuching, guru pengiring serta seorang penolong pustakawan.
Daripada jumlah tersebut, seramai 63 orang peserta berjaya mendaftar sebagai ahli EMPUN dan menggunakan sistem Archival Records Management System (ARMS) bagi membuat rujukan bahan arkib secara dalam talian.
Sepanjang empat hari pelaksanaan Program FOA, para peserta turut terlibat dalam pelbagai aktiviti kesukarelawanan berkaitan pengurusan arkib, antaranya proses pendigitalan bahan arkib, pemasangan label arkib, pendeskripsian bahan arkib serta kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan bahan arkib.
Penganjuran program EMPUN dan FOA ini mencerminkan komitmen Pustaka Negeri Sarawak dalam memperluas akses kepada khazanah rekod dan arkib negeri, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya generasi muda terhadap kepentingan pemeliharaan warisan dokumentari Sarawak.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Seminar Sarawak Lestari 2026 13 Aug 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026