EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

120 Murid SK Payau Sertai Aktiviti STEM Anjuran Pustaka Negeri Sarawak

Posted on 14 July 2026

14 Julai 2026, KUCHING – Pustaka Negeri Sarawak hari ini telah menganjurkan Aktiviti STEM di Sekolah Kebangsaan Payau bersempena Minggu Ko-Akademik Peringkat Sekolah, yang disertai seramai 120 orang murid, hari ini.

Program ini bertujuan memupuk minat murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan pembelajaran secara interaktif, kreatif dan berasaskan pengalaman.

Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuk pengalaman Virtual Reality (VR), aktiviti kreatif menggunakan 3Doodler, STEM DIY Kit, Cabaran Membina Menara Straw, serta taklimat mengenai PANDei yang memperkenalkan inisiatif pembelajaran digital Pustaka Negeri Sarawak.

Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Pustaka Negeri Sarawak dalam menyokong pembudayaan STEM dalam kalangan generasi muda serta memperluaskan akses kepada pembelajaran digital dan teknologi di peringkat sekolah.

Pustaka Negeri Sarawak merakamkan penghargaan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Payau atas kerjasama dan sambutan yang diberikan. Diharapkan program seumpama ini akan terus menyemarakkan minat murid untuk meneroka, mencipta dan berinovasi, sekali gus melahirkan generasi yang berpengetahuan, kreatif dan celik teknologi selaras dengan aspirasi pembangunan Sarawak.

Related Link

https://www.facebook.com/photo/?fbid=1442911621206242&set=pcb.1442912457872825